Saya bangga
menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan
British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini
aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan
saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai
Kemerdekaan yang ke-59.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk
menjaga keamanan Negara Malaysia. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan
yang ke-59,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya
berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai
kepada masyarakat di Negara Malaysia ini.
Saya juga
ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 dengan tema
Sehati Sejiwa,kerjasama antara kaum di Malaysia akan dpat mengekalkan keamanan
dan kesejahteraan kepada Negara kita.Malaysia.Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memajukan Negara dan menjaga
keamanan Negara ini. Negara ini bertuah kerana tiada berlakunya
peperangan,perpecahan kaum dan rusuhan besar yang berlaku di Negara ini.kami
juga berterima kasih kepada semua pejuang-pejuang Negara yang berkorban nyawa
demi keamanan Negara ini.
Saya berasa
bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang
kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni.Selain itu,Malaysia merupakan sebuah negara yang
unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai dan menarik.Apabila tiba musim
perayaan,rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan
agama.Selain itu,rakyat Malaysia juga menghormati adat,kaum dan agama
masing-masing.Malaysia juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Saya berbangga kerana pemimpin yang
telah menerajui negara Malaysia tidak mengamalkan sikap pilih kasih.
Sebagai rakyat
Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada
pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan.
Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-59
tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang
Malaysia yang sanggup berkorban masa, harta mahupun nyawa demi tanah air yang
tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu
Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga
pada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL-haj
yang memerdekakan Negara dengan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun ini
kita telah mencapai kemerdekaan Malaysia yang ke-59. Saya sebagai rakyat
Malaysia, berasa bangga di atas kemerdekaan yang kami kecapi dari tahun 1957
sehingga tahun 2016 ini.Kami juga menghargai segala jasa tokoh-tokoh pejuang
kerana telah membenarkan kami bebas daripada penjajahan.Kami juga berterima
kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu. Ini
membuatkan kami berasa amat bangga sekali.Dengan ini,kami sebagai rakyat
Malaysia sungguh berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh para pejuang yang telah berjuang dan sokongan rakyat
Malaysia.
Saya ingin
meluahkan rasa bangga saya sebagai rakyat Malaysia kerana disebabkan
kemerdekaan yg kami kecapi tahun ini dan membuat kami sedar bahawa kemerdekaan
Negara ini seharusnya dikekalkan selama-lamanya.Disebabkan kemerdekaan yang
telah kami kecapi walaupun berbilang kaum.Kami sungguh berbangga dengan Negara
Malaysia kerana keadaannya tenteram dan tidak seperti Negara luar yang sentiasa
berada di dalam keadaan darurat seperti Negara
Iraq,Pakistan,Afghanistan,Thailand dan Indonesia.Dengan ini kami bersyukur
kepada hadrat Ilahi kerana kemakmuran dan kedamaian yang telah kami kecapi hari
ini.Dengan ini juga,semoga generasi yang akan datang dapat merasai kemerdekaan
ini dan akan terus mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara ini.