Friday, 7 October 2016

Saya anak Malaysia merdeka



SAYA ANAK MALAYSIA MERDEKA




Saya Anak Malaysia Merdeka merasa cukup bertuah kerana telah dilahirkan di bumi Malaysia yang sudahpun Merdeka selama 59 tahun. Sejak mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang lalu, Malaysia boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang aman sentosa dengan pelbagai kaum di dalamnya.
Saya Anak Malaysia Merdeka seharusnya bersyukur dalam menikmati keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia pada masa kini. Keamanan ini tidak akan dicapai jika tanpa usaha dari pejuang kemerdekaan pada masa dahulu.
Maksud Merdeka mengikut kamus dewan bahasa adalah seperti berikut:
/merdéka/ bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yang ~ dan berdaulat. Memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan daripada penjajahan, kurungan dll. Kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan ~ pada 31 Ogos 1957. Pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan.
Saya Anak Malaysia yang Merdeka ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang telahpun bertungkus lumus demi membebaskan Malaysia daripada penjajah.
Saya sangat berharap supaya Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan bebas daripada penjajahan. Marilah anak Malaysia untuk kita sama-sama berdoa supaya Malaysia sentiasa aman damai dan kekal Merdeka.

1 comment:

  1. olahan yg baik namun masih banyak yang boleh diperbaiki..

    ReplyDelete