MALAYSIA TANAH AIRKU
(A) Definisi Malaysia tanah airku
(B) Jalur Gemilang(A) Definisi Malaysia tanah airku
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingan terhadap negara ini di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih yang melambangkan kesucian negara di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan ;
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan
- Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
- Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan.
- Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
(D) Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ikrar Rukun Negara ;
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
(E) Bunga Kebangsaan
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bungan yang sesuai untuk dipilih sebagai bungan kebangsaan.Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga yang dipilih sebagai Bungan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu bungan kenangan, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.
Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus digunakan sebagai Bunga Kebangsaan.


good job
ReplyDelete