Friday, 7 October 2016

ANAK MALAYSIA YANG MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

(a) 

  • Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha.
  • Angkasawan pertama Malaysia.
  • Orang Malaysia yang pertama membawa bendera Malaysia ke angkasa.
  • Walaupun dalam bulan Ramadhan, beliau mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk berpuasa di angkasa.

(b)

  • Datuk Nicol Ann David.
  • Pemain skuasy profesional wanita Asia pertama.
  • Pemain nombor satu dunia.
  • Mendapat 5 gelaran juara Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010.

(c)

  • Datuk Lee Chong Wei
  • Pemain badminton profesional Malaysia
  • Pemain nombor satu dunia

(d)

  • Abdul Latif, Muhammad Ziyad Zolkipli, Mohamad Ridzuan Puzi.
  • Memperoleh pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik di Rio 2016.
  • Memecah rekod dunia pada temasya tersebut.

(e)

  • Sebahagian anak muda Malaysia yang mencabar diri mereka untuk mengatasi halangan untuk mendaki gunung yang tertinggi di dunia, Gunung Everest, bagi meletakkan nama Malaysia sama tinggi dengan Gunung everest.



SAJAK SUMPAH ANAK MERDEKA 

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama.

LIRIK LAGU SAYA ANAK MALAYSIA

Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang inggeris
Kamikaze dan portugis
Dari Perlis ke kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah hasil melimpah
Siapa rajin hidup mewah

Saya anak Malaysia x4

Melayu iban india cina
Kadazan portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia x4

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi

Saya anak Malaysia x4

Melayu iban india cina
Kadazan portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera


Saya anak Malaysia x4

Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia


Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai Kemerdekaan yang ke-59.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk menjaga keamanan Negara Malaysia. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-59,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini.

Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 dengan tema Sehati Sejiwa,kerjasama antara kaum di Malaysia akan dpat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kepada Negara kita.Malaysia.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memajukan Negara dan menjaga keamanan Negara ini. Negara ini bertuah kerana tiada berlakunya peperangan,perpecahan kaum dan rusuhan besar yang berlaku di Negara ini.kami juga berterima kasih kepada semua pejuang-pejuang Negara yang berkorban nyawa demi keamanan Negara ini.

Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.Selain itu,Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai dan menarik.Apabila tiba musim perayaan,rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan agama.Selain itu,rakyat Malaysia juga menghormati adat,kaum dan agama masing-masing.Malaysia juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Saya berbangga kerana pemimpin yang telah menerajui negara Malaysia tidak mengamalkan sikap pilih kasih.

Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-59 tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban masa, harta mahupun nyawa demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga pada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL-haj yang memerdekakan Negara dengan tanpa pertumpahan darah.


Pada tahun ini kita telah mencapai kemerdekaan Malaysia yang ke-59. Saya sebagai rakyat Malaysia, berasa bangga di atas kemerdekaan yang kami kecapi dari tahun 1957 sehingga tahun 2016 ini.Kami juga menghargai segala jasa tokoh-tokoh pejuang kerana telah membenarkan kami bebas daripada penjajahan.Kami juga berterima kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu. Ini membuatkan kami berasa amat bangga sekali.Dengan ini,kami sebagai rakyat Malaysia sungguh berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang yang telah berjuang dan sokongan rakyat Malaysia.
Saya ingin meluahkan rasa bangga saya sebagai rakyat Malaysia kerana disebabkan kemerdekaan yg kami kecapi tahun ini dan membuat kami sedar bahawa kemerdekaan Negara ini seharusnya dikekalkan selama-lamanya.Disebabkan kemerdekaan yang telah kami kecapi walaupun berbilang kaum.Kami sungguh berbangga dengan Negara Malaysia kerana keadaannya tenteram dan tidak seperti Negara luar yang sentiasa berada di dalam keadaan darurat seperti Negara Iraq,Pakistan,Afghanistan,Thailand dan Indonesia.Dengan ini kami bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana kemakmuran dan kedamaian yang telah kami kecapi hari ini.Dengan ini juga,semoga generasi yang akan datang dapat merasai kemerdekaan ini dan akan terus mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara ini.



Saya anak Malaysia merdeka



SAYA ANAK MALAYSIA MERDEKA




Saya Anak Malaysia Merdeka merasa cukup bertuah kerana telah dilahirkan di bumi Malaysia yang sudahpun Merdeka selama 59 tahun. Sejak mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang lalu, Malaysia boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang aman sentosa dengan pelbagai kaum di dalamnya.
Saya Anak Malaysia Merdeka seharusnya bersyukur dalam menikmati keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia pada masa kini. Keamanan ini tidak akan dicapai jika tanpa usaha dari pejuang kemerdekaan pada masa dahulu.
Maksud Merdeka mengikut kamus dewan bahasa adalah seperti berikut:
/merdéka/ bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yang ~ dan berdaulat. Memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan daripada penjajahan, kurungan dll. Kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan ~ pada 31 Ogos 1957. Pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan.
Saya Anak Malaysia yang Merdeka ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang telahpun bertungkus lumus demi membebaskan Malaysia daripada penjajah.
Saya sangat berharap supaya Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan bebas daripada penjajahan. Marilah anak Malaysia untuk kita sama-sama berdoa supaya Malaysia sentiasa aman damai dan kekal Merdeka.
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

RAJA BERPERLEMBAGAAN:

(a) Raja sebagai ketua negara dan perlembagaan sebagai undang tertinggi negara.








(b) Majlis Raja-Raja









JATI DIRI BANGSA MALAYSIA

Jati menurut kamus Dewan edisi ke-4, Jati membawa maksud sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur. Diri pula bermaksud batang tubuh atau orang perseorangan yang mempunyai badan. Maka, Jati Diri adalah sifat keperibadian atau ciri yang unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.jati diri boleh dibahagikan kepada perwatakan yang nampak seperti pakaian dan perwatakan tidak nampak membabitkan emosi atau karakter seseorang hasil dan terbentuk daripada latar belakang keluarga serta persekitaran. Perwatakan nampak dan tidak nampak itu menentukan keterampilan individu yang mewakili bangsa, budaya, etnik seterusnya diperkenalkan sebagai jati diri Malaysia. Sebagai contoh, baju kebangsaan tidak dikaitkan dengan emosi dan perwatakan kerana semua rakyat negara ini tidak kira bangsa memakai baju kebangsaan. Ini menunjukkan hidup yang sopan santun melalui pakaian saja. Individu perlu menguatkan jati diri dengan mengamalkan cara hidup bangsa Malaysia antaranya bertutur secara halus dan bersopan terutama ketika berinteraksi dengan orang tua dan sesama rakan. 

Contoh baju kebangsaan:





Bahasa Kebangsaan:                                                                                                             


Agama rasmi: