Friday, 7 October 2016

JATI DIRI BANGSA MALAYSIA

Jati menurut kamus Dewan edisi ke-4, Jati membawa maksud sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur. Diri pula bermaksud batang tubuh atau orang perseorangan yang mempunyai badan. Maka, Jati Diri adalah sifat keperibadian atau ciri yang unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.jati diri boleh dibahagikan kepada perwatakan yang nampak seperti pakaian dan perwatakan tidak nampak membabitkan emosi atau karakter seseorang hasil dan terbentuk daripada latar belakang keluarga serta persekitaran. Perwatakan nampak dan tidak nampak itu menentukan keterampilan individu yang mewakili bangsa, budaya, etnik seterusnya diperkenalkan sebagai jati diri Malaysia. Sebagai contoh, baju kebangsaan tidak dikaitkan dengan emosi dan perwatakan kerana semua rakyat negara ini tidak kira bangsa memakai baju kebangsaan. Ini menunjukkan hidup yang sopan santun melalui pakaian saja. Individu perlu menguatkan jati diri dengan mengamalkan cara hidup bangsa Malaysia antaranya bertutur secara halus dan bersopan terutama ketika berinteraksi dengan orang tua dan sesama rakan. 

Contoh baju kebangsaan:





Bahasa Kebangsaan:                                                                                                             


Agama rasmi:







1 comment:

  1. olahan yg baik namun masih banyak yang boleh diperbaiki..

    ReplyDelete